Wednesday 25 January 2012

Kewajipan 4 : Mengerjakan Solat Lima Waktu

50 Kewajipan Seorang Muslim
Oleh Syeikh al-Imam Muhammad Bin Abi Bakr Bin Ali
Syarah Oleh : Syeikh Yaakob Bin Muhammad Mokhtar
Diterjemah Oleh : Ustaz Ahmad Adnan Bin Fadzil
Penerbitan : Dar Hakamah

Kewajipan 4
Mengerjakan Solat Lima Waktu




Kewajipan ini berdasarkan kepada firman Allah;



Maka apabila kamu telah menyelesaikan salat (mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa aman, maka dirikanlah salat itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya salat itu adalah kewajiban yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.
an-Nisa' : 103

Dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat;
al-Muzzammil : 2

Rasulullah s.a.w bersabda; "Lima solat (sehari semalam) yang telah difardukan Allah ke atas hamba-hambaNya. Sesiapa mengerjakannya tanpa mengabaikan sesuatu pun darinya kerana meringan-ringankan kewajipannya, maka untuknya di sisi Allah janji bahawa Ia akan memasukkannya ke dalam syurga. Sesiapa tidak mengerjakannya, maka tidak ada untuknya di sisi Allah janji tersebut di mana jika Ia mahu Ia akan mengazabnya dan jika Ia mahu Ia akan memasukkannya ke dalam syurga".
(Riwayat Imam Malik, Ahmad, Abu Daud, an-Nasai, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan al-Hakim dari 'Ubadah bin 'as-Somit r.a)

Rasulullah s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya solat-solat menjadi kifarah (penghapus) bagi dosa-dosa yang berlaku di antara waktu-waktu solat selama dijauhi dosa-dosa besar".

Baginda juga bersabda; " Sesiapa meninggalkan solat, ia akan bertemu Allah dalam keadaan Allah murka kepadanya".

Sebahagian ulama menegaskan; " Ketahuilah sesungguhnya anggota-anggota badan kamu ibarat kambing-kambing yang diternak di ladang ternak di mana kamu adalah penternaknya. Kadang-kadang kamu menternaknya di lembah-lembah maksiat, maka (untuk mensucikannya) kamu menghimpunnya ketika waktu solat di hadapan Allah Taala".

Nabi s.a.w. pernah menegaskan; " Sesungguhnya orang yang meninggalkan solat adalah kafir. Tidak ada habuan di dalam Islam bagi orang yang tidak mengerjakan solat".



No comments:

Post a Comment