Thursday 27 October 2011

Mari Merebut 10 Awal Zulhijjah!


28 Zulqaedah.1432 Hijrah
Esok 29 Zulqaedah
dan lusa, bermulanya 1 Zulhijjah.


وَلَيَالٍ عَشْر . وَالْفَجْرِ
“Demi fajar dan demi malam yang sepuluh”. [Al-Fajr: 1-2]





Sabda Nabi s.a.w, "Tidak ada hari yang lebih baik di sisi Allah untuk lakukan amalan kebaikan selain sepuluh hari terawal dalam bulan Zulhijjah". Para sahabat bertanya, adakah jihad fisabilillah tidak boleh menandingi amalan yang dilakukan pada sepuluh hari tersebut ?” Nabi bersabda, "Jihad pun tidak boleh menandingi melainkan dia keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak pulang dengan keduanya”. (Hr Bukhari)

Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Tiada daripada hari-hari yang begitu lebih di sisi Allah dan tiada amalan padanya lebih disukai Allah daripada hari-hari sepuluh ini (1 - 10 Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah tahlil, takbir maka sesungguhnya ia merupakan hari-hari tahlil, bertakbir dan berzikir kepada Allah. Dan puasa sehari daripadanya menyamai puasa setahun dan beramal padanya digandakan 700 kali ganda. (HR Al-Baihaqi)

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah (9 Zulhijjah)? maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Sahih Muslim)

Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." (Sahih Muslim)

Dari Al-Barra, katanya; "Saya mendengar Nabi berkhutbah. Kata beliau: "Pekerjaan kita hari ini (10 Zulhijjah) ialah solat. Sesudah itu pulang dan menyembelih korban. Sesiapa yg berbuat demikian bererti telah menjalankan agama kita." (Sahih Muslim)  

******

Para pembaca yang budiman, di sini saya ingin mencadangkan beberapa pekara yang boleh dilakukan secara individu atau bersama teman serumah untuk merebut peluang 10 awal zulhijjah.

1) Target untuk khatam 1 quran penuh dalam tempoh 10 hari tu. So perlu berusaha untuk menghabiskan 3 juzuk sehari. (kalau baca tanpa suara iA dalam 30 minit boleh setel 1 juzuk).

2) Solat pada awal waktu. Pelihara solat jemaah.Kempen anti masbuk :D

3) Tunaikan 5 solat sunat- solat sunat dhuha, solat sunat witir, solat sunat selepas wudhu', solat sunat rawatib dan solat sunaat Jumaat (perempuan hukumnya sunat, kalau lelaki memang wajib lah kan)

4) Share artikel tentang kelebihan 10 awal zulhijjah di facebook/blog/tumblr/mana-mana laman sosial. Sampaikan tazkirah tentang kelebihan 10 awal zulhijjah di kelas/rumah/di mana-mana yang masuk akal. Sebarkanlah melalui apa-apa sahaja medium yang mampu anda fikirkan.

Eh, kalau share video kat atas ni pun menarik jugak :)

5) Hidupkan 3 jam yang utama. 2 jam dari waktu sebelum subuh terus beriktikaf di tempat solat sehingga naik matahari dan 1 jam waktu maghrib-isya'.

6) Puasa sebanyak-banyak hari yang boleh sepanjang 10 zulhijjah, paling utama pada Hari Arafah (9Zulhijjah).

“(Puasa Arafah akan) menghapus dosa-dosa kecil setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” (HR. Muslim no. 1162)

7) Lazimi lidah dan hati dengan zikir. Perbanyakkan menyebut kalimah 'Lailahaillah walhamdulillah wallahuakbar'.


وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ
“…Supaya mereka menyebut nama Allah pada hari-hari yang telah ditentukan..” (QS. Al Hajj: 28)



8) Jamu orang ketika berbuka puasa.Berbuka puasa besar-besaran bersama jiran/komuniti masyarakat Muslim di tempat anda.

9) Lakukan korban jika berkemampuan, perbanyakkan sedekah dan jangan lupakan hak-hak orang fakir ke atas harta kita.

10) Rebut peluang untuk melakukan apa-apa jua kebaikan.

Marilah kita sama-sama mengikat keazaman untuk meneroka 10 hari zulhijjah dengan sepenuh usaha, dalam ketaatan kepada Allah. Berjanji setialah dengan teman baik anda untuk saling berlumba dalam menghidupkan 10 awal Zulhijjah.

Siapa-siapa yang setel semua 10 perkara yang saya kongsikan ni boleh la nak claim hadiah XD.

Selamat beramal!



Diextract dari http://ayuamiza.blogspot.com/2011/10/permulaan-sebuah-iltizam.html

Monday 17 October 2011

PERINTAH SIAPA YANG LEBIH KITA PATUHI....


http://karyamatahati.blogspot.com/2011/10/perintah-siapa-yang-lebih-kita-patuhi.html


Monday 10 October 2011

Khutbah Terakhir Rasulullah s.a.w



KHUTBAH TERAKHIR Rasulullah S.A.W.

 Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijri yang di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.  Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

WASIAT RASULULLAH S.A.W.

“Telah bersabda Rasullah s.a.w. Jibrail sentiasa mengharap-harapkan akan menjadi manusia kerana tujuh perkara iaitu, sembahyang yang lima berimam, duduk bersama ulamak-ulamak, menziarah orang sakit, menghantar jenazah, memberi air minum, mendamaikan di antara dua orang bermusuh-musuhan dan memuliakan jiran serta anak-anak yatim. Maka bersungguh-sungguhlah engkau di atas perkara tersebut”.

Telah bersabda Rasullah s.a.w. beramallah engkau dengan lurus hati kerana Allah. Bahawasanya Allah Ta’ala tidak akan menerima melainkan orang yang lurus hatinya.Allah Ta’ala telah berfirman yang bermaksud;

“Barang siapa mengharap untuk berjumpa dengan Tuhannya maka hendaklah dia beramal yang baik dan janganlah mempersekutukan Tuhan dengan apa juga pun”.

http://myibrah.com/khutbah-terakhir-rasulullah-s-a-w#more-144

Saturday 8 October 2011

Majlis Tautan Ukhuwah Pelajar Muslimah Ambilan 2010 & 2011


 
Assalamualaikum w.b.t.

Syukur kehadrat Allah yang masih memberi kita peluang untuk terus hidup di bumi India ini dalam keimanan dan menikmati segala kurniaanNya. Selawat dan salam untuk junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

Kerana rahmatNya jugalah kita bertemu di sini dan saling mengenali antara satu sama yang lain walaupun berbeza latar belakang, personaliti dan tempat. Moga Allah dapat satukan hati-hati kita di jalanNya.

Sehubungan dengan itu, satu  Majlis Tautan Ukhuwah untuk Pelajar Muslimah Ambilan 2010 & 2011 akan diadakan seperti berikut:

Tempat: 101 Maharaja Residency, Hampankatta
Tarikh: 9/10/2011, Ahad
Masa: 1 p.m
Pakaian: Sopan dan menutup aurat

InsyaAllah, moga majlis ini dapat merapatkan ukhuwwah antara  kita.



Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti.
(Surah Al-Hujurat, ayat 13)



Wednesday 5 October 2011

Ukuran ikhlas...Apabila rasa tak selari dengan kata.

Assalamualaikum wbt...

Rasulullah SAW bersabda,"Ikhlaskanlah hatimu,nescaya mencukupimu walau sedikit amal"

Ikhlas itu mudah sekali dilafazkan.

1."Ambillah barang ni,aku ikhlas" 
2."Saya tolong awak ikhlas,tak payah balas2"
3."Takpe2,tak yah susah2,saya ikhlas"

Tapi,adakah dalam hati kita benar2 ikhlas segala pertolongan dan amal yang kita lakukan??Bukan untuk berburuk sangka,masing2 boleh muhasabah diri,sejauh mana keikhlasan kita dalam beramal.Sebelum muhasabah,mari kita sama2 fahami apa itu ikhlas.Mungkin ada antara kita yang tersalah faham atau terlepas pandang tentang konsep ikhlas itu sendiri.

Ikhlas pada bahasa bermaksud murni atau tidak bercampur. 
Ini bermaksud,segala amalan kita tidak bercampur dengan unsur2 lain selain dari Allah Taala.Segala amal,perlu diniatkan hanya untuk Allah sahaja,tiada yang lain.

Contoh:

"Mak,Nina belajar rajin2 ni untuk mak tau..Nak buat mak gembira,bantu mak bila dah keje nanti..Mak doakan Nina ya..."
Situasi ni bila baca kita akan terasa,'Alahai,bagusnya kalau dapat anak macam ni'.Tapi,adakah kita sedar yang situasi ni tak selari dengan definisi ikhlas??Ikhlas itu,segala amal dilakukan hanya kerana Allah,tidak bercampur dan murni.Seperti mana di dalam hadis pertama matan arbain,hadis tentang niat.

"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu." - [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Jadi,andai kata,kita belajar kerana nak bantu mak,itulah juga yang kita akan dapat.Ruginya,jika inilah niat kita selama ini.Sedangkan apabila segala amal kita ikhlas diniatkan kerana Allah,maka kita dapat menyumbang pada islam di samping pada keluarga dan masyarakat.

Allah Swt berfirman :
Al-Ikhlas itu adalah salah satu dari rahsia-rahsia-Ku,
yang telah Aku titipkan ke dalam hati
orang yang Aku cintai dari hamba-hamba-Ku.

(Hadits Qudsi, Bihar al-Anwar 70 : 249)

Semoga,kita semua dapat meluruskan niat dalam melakukan amal,ikhlas hanya untuk Allah sahaja.Jika sebelum ini,ikhlas hanya terucap di bibir,mulai detik ini,selarikanlah kata dengan rasa  dalam jiwa.InsyaAllah,sama2 memburu kejayaan di dunia dan akhirat dan misi utama untuk mendapat redha Ilahi.

"Ikhlas itu umpama semut hitam diatas batu hitam pada malam yang gelap gelita"
Hadirlah semut hitam,kedatanganmu amat kami dambakan...