Wednesday 5 October 2011

Ukuran ikhlas...Apabila rasa tak selari dengan kata.

Assalamualaikum wbt...

Rasulullah SAW bersabda,"Ikhlaskanlah hatimu,nescaya mencukupimu walau sedikit amal"

Ikhlas itu mudah sekali dilafazkan.

1."Ambillah barang ni,aku ikhlas" 
2."Saya tolong awak ikhlas,tak payah balas2"
3."Takpe2,tak yah susah2,saya ikhlas"

Tapi,adakah dalam hati kita benar2 ikhlas segala pertolongan dan amal yang kita lakukan??Bukan untuk berburuk sangka,masing2 boleh muhasabah diri,sejauh mana keikhlasan kita dalam beramal.Sebelum muhasabah,mari kita sama2 fahami apa itu ikhlas.Mungkin ada antara kita yang tersalah faham atau terlepas pandang tentang konsep ikhlas itu sendiri.

Ikhlas pada bahasa bermaksud murni atau tidak bercampur. 
Ini bermaksud,segala amalan kita tidak bercampur dengan unsur2 lain selain dari Allah Taala.Segala amal,perlu diniatkan hanya untuk Allah sahaja,tiada yang lain.

Contoh:

"Mak,Nina belajar rajin2 ni untuk mak tau..Nak buat mak gembira,bantu mak bila dah keje nanti..Mak doakan Nina ya..."
Situasi ni bila baca kita akan terasa,'Alahai,bagusnya kalau dapat anak macam ni'.Tapi,adakah kita sedar yang situasi ni tak selari dengan definisi ikhlas??Ikhlas itu,segala amal dilakukan hanya kerana Allah,tidak bercampur dan murni.Seperti mana di dalam hadis pertama matan arbain,hadis tentang niat.

"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu." - [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Jadi,andai kata,kita belajar kerana nak bantu mak,itulah juga yang kita akan dapat.Ruginya,jika inilah niat kita selama ini.Sedangkan apabila segala amal kita ikhlas diniatkan kerana Allah,maka kita dapat menyumbang pada islam di samping pada keluarga dan masyarakat.

Allah Swt berfirman :
Al-Ikhlas itu adalah salah satu dari rahsia-rahsia-Ku,
yang telah Aku titipkan ke dalam hati
orang yang Aku cintai dari hamba-hamba-Ku.

(Hadits Qudsi, Bihar al-Anwar 70 : 249)

Semoga,kita semua dapat meluruskan niat dalam melakukan amal,ikhlas hanya untuk Allah sahaja.Jika sebelum ini,ikhlas hanya terucap di bibir,mulai detik ini,selarikanlah kata dengan rasa  dalam jiwa.InsyaAllah,sama2 memburu kejayaan di dunia dan akhirat dan misi utama untuk mendapat redha Ilahi.

"Ikhlas itu umpama semut hitam diatas batu hitam pada malam yang gelap gelita"
Hadirlah semut hitam,kedatanganmu amat kami dambakan...


No comments:

Post a Comment