Saturday 8 October 2011

Majlis Tautan Ukhuwah Pelajar Muslimah Ambilan 2010 & 2011


 
Assalamualaikum w.b.t.

Syukur kehadrat Allah yang masih memberi kita peluang untuk terus hidup di bumi India ini dalam keimanan dan menikmati segala kurniaanNya. Selawat dan salam untuk junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

Kerana rahmatNya jugalah kita bertemu di sini dan saling mengenali antara satu sama yang lain walaupun berbeza latar belakang, personaliti dan tempat. Moga Allah dapat satukan hati-hati kita di jalanNya.

Sehubungan dengan itu, satu  Majlis Tautan Ukhuwah untuk Pelajar Muslimah Ambilan 2010 & 2011 akan diadakan seperti berikut:

Tempat: 101 Maharaja Residency, Hampankatta
Tarikh: 9/10/2011, Ahad
Masa: 1 p.m
Pakaian: Sopan dan menutup aurat

InsyaAllah, moga majlis ini dapat merapatkan ukhuwwah antara  kita.



Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti.
(Surah Al-Hujurat, ayat 13)



2 comments:

  1. 101? bukan rumah k.fizzi ke? saye xle nak joen ke?

    ReplyDelete
  2. nadten : insyaAllah ni utk ambilan 2010&2011 je dulu. nnt insyaAllah ada program lain utk muslimah batch awak juga :)

    ReplyDelete