Monday 29 August 2011

tak kenal maka tak cinta.


BIODATA RASULULLAH SAW

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah;(byk khilaf ttg tarikh)
sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).

Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.

Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).

Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah.Suaminya Abu Kabsyah).


USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan
yang wujud di dalam hatinya.


USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '(sebuah kampung yang terletak di antara
Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai
oleh datuknya Abdul Muttalib.


USIA 8 TAHUN
Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam,
seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan
tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.


USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada
ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk
memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.


USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke
Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang
bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang
berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh
pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.


USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.


USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada
tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.


USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632
Masihi.


ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
  • Khadijah Binti Khuwailid.
  • Saudah Binti Zam'ah.
  • Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
  • Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
  • Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
  • Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
  • Zainab Binti Jahsy.
  • Maimunah Binti Harith.
  • Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
  • Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
  • Qasim
  • Abdullah
  • Ibrahim
  • Zainab
  • Ruqaiyah
  • Ummi Kalthum
  • Fatimah Al-Zahra '
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).


SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah
  • Hamzah
  • Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
SAUDARA SUSUAN

1. Halimah Al-Saidiyyah
  • Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
  • Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
  • Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
  • Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
2
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong


KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.
Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.


Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.


KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

Saturday 27 August 2011

kadang2 ke selalu....xperlu jawab, biar keihlasan yang jawab



kadang2 kita tak sedar dalam setiap langkahan ini, kita hampir pada penghujungnya yakni mati..

kadang2 kita rasa diri kita dilupakan walhal tak sekalipun malaikat atid dan raqib pernah lupa mencatat amalan kita..

kadang2 kita bangga dan gah atas usaha kita, walhal nak banding dengan ciptaan lagit dan bumi, Allah maha Terer dan Power, so ape kedudukan kita untuk berbangga??

kadang2 kita menyalahkan Allah atas segala keburukan yang menimpa, walhal nikmat hidup pun belum cukup untuk kita bayar pada pencipta Maha Esa..

kadang2 orang selalu kata menutup aurat tu fashion yang ketinggalan zaman, walhal bukankah pakaian yang menjolok mata itu salah 1 sumber yang membawa kepada maksiat..

kadang2 dalam tak sedar, kite meletakkan cinta lain sebagai prioriti melebihi cinta Allah, padahal kita tau cinta Allah lah yang akan melonjakkan martabat dan membawa kita ke jannah...

kadang2 kita lalai dalam melakukan solat, walhal kita tau solat itu amalan yang pertama sekali yang akan dihisab..

kadang2 kita malas nak baca quran walhal quran itulah yang akan memberi syafaat di akhirat dan menjadi teman di alam barzakh..

kadang2, kite rase malas nak g majlis ilmu, walhal kite tau je majlis ilmu itu adalah taman2 syurga di dunia..

kadang2 kita pandai-pandai je picky ttg hukum2 qat'ie, walhal siapa kita nak mempersoalkan ketetapan Allah..

kadang2, kite lupe baca bismillah dalam nak memulakan sesuatu, walhal setiap sesuatu itu diciptakan Allah utk kita..

kadang2 kite suke bertindak melulu, walhal Allah jadikan aqal special untuk kita untuk fikir secara rasional..

kadang2 kite meninggikan suara kepada parents, padahal dalam quran, even kata 'ah' pada parent pun Allah dah murka..

kadang2 kite solat pakai selekeh je, walhal mase tu la kite nak bertemu Allah..pakai la kemas2 n molek2 skit..

kadang2 time exam la kite pulun nak solat sunat, solat di awal waktu, wirid panjang2, walhal kan elok jika amalan mcm tu terus jadi istiqamah..

kadang2 kita dengar mase tua la patut jadi "baik", walhal siapa kita nak gerenti usia kita sampai mana...

kadang2 salah org kite nampak, walhal salah sniri yang melambak tak nampak pula..


p/s: benda kecil je kite rasa tapi impak die...ingatlah wahai diri dan yang membaca...setiap hari berlalu meninggalkan kita..dan setiap amalan di dunia menjadi saksi dan bukti sama ada kita layak atau tidak untuk ke jannahNya.. walau sekecil zarrah kebaikan atau keburukan kita itu...akan dihisab..moga2 ia sama2 jadi peringatan yang berguna bagi kita, insya Allah

Friday 26 August 2011

ko marah sape sebenarnya???

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..dah 26 hari kita berpuase..kpd golongan hawa, don't be sad..bersyukur sbb Allah bg kerehatan utk kalian..kaum Adam lak, tahniah kpd yg puase penoh..kpd yg tak penoh, pehal korg??uzur jugak??tepuk dada tanya iman...(*peace!)

Dunia ciptaan Allah ni diisi dgn manusia2, haiwan2, tumbuh-tumbuhan, microorganisms, etc...dunia ni dihiasi lagi dengan cuaca yg bermacam2..bergantung kpd lokasi sesebuah negara..musim panas, musim sejuk, musim bunga, musim luruh, musim hujan..ade lg ke?? sendiri tambah la ye...

Dalam kemeriahan nikmat yg Allah bg, ada segelintir manusia yg tak nak bersyukur..berkeluh kesah tak kenal masa..diberi nikmat, mengeluh, maki hamun..tak diberi pon mengeluh..so, patut ke nikmat2 tu diberi??Setiap ujian mahupun nikmat yang diberi pasti ada kebaikan..

Allah berfirman yang bermaksud:
………. boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah : 216)

Masa musim panas..




Musim hujan...bila panas, complain..masa hujan pon complain jugak..agak2, complain kat sape??
Bila angin bertiup sepoi2 bahasa...bila tak de, sibok mintak2..bila dah ade, disumpah seranah pulak..


 Adakah aku, kau, kami, dia dan mereka pernah menghadapi situasi2 di atas???pernah marah2 seperti di atas??pernah complain2 seperti di atas?? kepada siapa kata2 kita tu...kepada matahari, hujan, angin?? atau kepada Pencipta mereka?
Andai ditujukan kepada elemen2 terbabit, siapa Pencipta mereka?
TEPUK DADA, TANYA IMAN..anda tau kepada siapa, kn??


wallahu a'lam..
wassalam...

Wednesday 24 August 2011

ops.....~

pada suatu pagi yang indah....






hehehehe...sekian....

salam perkenalan.

alhamdulillah...akhirnya Allah bagi kerajinan untuk memulakan blog ni. aku harap..blog ni bermanfaat untuk semua.. dan aku harap aku ade kerajinan untuk terus meng"update" blog nih. amin....