Wednesday 25 January 2012

Kewajipan 4 : Mengerjakan Solat Lima Waktu

50 Kewajipan Seorang Muslim
Oleh Syeikh al-Imam Muhammad Bin Abi Bakr Bin Ali
Syarah Oleh : Syeikh Yaakob Bin Muhammad Mokhtar
Diterjemah Oleh : Ustaz Ahmad Adnan Bin Fadzil
Penerbitan : Dar Hakamah

Kewajipan 4
Mengerjakan Solat Lima Waktu




Kewajipan ini berdasarkan kepada firman Allah;



Maka apabila kamu telah menyelesaikan salat (mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa aman, maka dirikanlah salat itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya salat itu adalah kewajiban yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.
an-Nisa' : 103

Dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat;
al-Muzzammil : 2

Rasulullah s.a.w bersabda; "Lima solat (sehari semalam) yang telah difardukan Allah ke atas hamba-hambaNya. Sesiapa mengerjakannya tanpa mengabaikan sesuatu pun darinya kerana meringan-ringankan kewajipannya, maka untuknya di sisi Allah janji bahawa Ia akan memasukkannya ke dalam syurga. Sesiapa tidak mengerjakannya, maka tidak ada untuknya di sisi Allah janji tersebut di mana jika Ia mahu Ia akan mengazabnya dan jika Ia mahu Ia akan memasukkannya ke dalam syurga".
(Riwayat Imam Malik, Ahmad, Abu Daud, an-Nasai, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan al-Hakim dari 'Ubadah bin 'as-Somit r.a)

Rasulullah s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya solat-solat menjadi kifarah (penghapus) bagi dosa-dosa yang berlaku di antara waktu-waktu solat selama dijauhi dosa-dosa besar".

Baginda juga bersabda; " Sesiapa meninggalkan solat, ia akan bertemu Allah dalam keadaan Allah murka kepadanya".

Sebahagian ulama menegaskan; " Ketahuilah sesungguhnya anggota-anggota badan kamu ibarat kambing-kambing yang diternak di ladang ternak di mana kamu adalah penternaknya. Kadang-kadang kamu menternaknya di lembah-lembah maksiat, maka (untuk mensucikannya) kamu menghimpunnya ketika waktu solat di hadapan Allah Taala".

Nabi s.a.w. pernah menegaskan; " Sesungguhnya orang yang meninggalkan solat adalah kafir. Tidak ada habuan di dalam Islam bagi orang yang tidak mengerjakan solat".



Friday 20 January 2012

Kewajipan 3 : Mengambil Wuduk

50 Kewajipan Seorang Muslim
Oleh Syeikh al-Imam Muhammad Bin Abi Bakr Bin Ali
Syarah Oleh : Syeikh Yaakob Bin Muhammad Mokhtar
Diterjemah Oleh : Ustaz Ahmad Adnan Bin Fadzil
Penerbitan : Dar Hakamah


Kewajipan 3
Mengambil Wuduk





Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan salat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub maka mandilah, al-Maidah : 6


Sabda Rasulullah s.a.w.; "Tidak ada solat bagi orang yang tidak berwuduk".
(Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

Dalam hadis yang lain baginda bersabda ; "Sesiapa mengambil wuduk, lalu ia memperelokkan wuduknya, kemudian ia menunaikan solat dua rakaat di mana dalam solat dua rakaat itu dia tidak berkata-kata kepada dirinya dengan sesuatu dari urusan duniawi, nescaya ia akan bersih dari dosa-dosanya seumpama baru dilahirkan oleh ibunya".
(Riwayat Bukhari dan Muslim dari Usman bin 'Affan r.a.)

Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: "Haid itu adalah kotoran". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang tobat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri.
al-Baqarah : 222



Wednesday 11 January 2012

Kewajipan 2 : Menutup Aurat

50 Kewajipan Seorang Muslim
Oleh Syeikh al-Imam Muhammad Bin Abi Bakr Bin Ali
Syarah Oleh : Syeikh Yaakob Bin Muhammad Mokhtar
Diterjemah Oleh : Ustaz Ahmad Adnan Bin Fadzil
Penerbitan : Dar Hakamah


Kewajipan 2
Menutup aurat



Memakai perhiasan itu tidaklah dicela. Namun perhiasan yang dimaksudkan ialah yang tidak menyalahi hukum syarak.


Sebahagian penyair bermadah :


Bukanlah tasawuf itu dengan memakai pakaian berbulu dan berbuat-buat, akan tetapi tasawuf itu ialah mengelokkan percakapan dan akhlak, maka pakailah dari pakaian apa yang kamu pilih.


Bangunlah ketika kegelapan malam dan menangislah di malam hari, barangkali orang yang memakai pakaian yang elok, pakaiannya itu tidak melalaikannya untuk kasih kepada Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah, namun banyak anak muda yang memakai pakaian yang berbenang kasar disangkanya ia selamat, namun di sisi para 'Arifin ia sebenarnya dalam kecelakaan.


Orang yang memakai pakaian cantik itu sekalipun berpakaian cantik tetapi pakaiannya tidak memenjarakannya, sedangkan yang berpakaian kasar sekalipun nampak zuhud namun ia sebenarnya telah menjadi tawanan (nafsunya) tanpa disedarinya.



Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) mesjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.
al-A'raf : 31


Al-Musrifin di dalam ayat di atas bermaksud al-Mubazzirin (yakni orang-orang membazir) sebagaimana makna dalam hadis Nabi s.a.w. Allah melarang membazir kerana harta yang ada amat sedikit untuk diletakkan pada semua tempat yang hak dan yang bukan hak (oleh demikian, ia perlu diletakkan di tempat yang hak sahaja).

Rasulullah s.a.w bersabda ; "Keelokanlah dalam berdampingan dengan nikmat-nikmat. Jangan jadikannya lari dari kamu kerana amat jarang nikmat yang hilang dari satu kaum akan kembali semula ke pangkuan mereka."
(Riwayat Abu Ya'la dan Ibnu 'Adiyy dari Anas r.a.)


Sunday 1 January 2012

50 Kewajipan Seorang Muslim

50 Kewajipan Seorang Muslim
Oleh Syeikh al-Imam Muhammad Bin Abi Bakr Bin Ali
Syarah Oleh : Syeikh Yaakob Bin Muhammad Mokhtar
Diterjemah Oleh : Ustaz Ahmad Adnan Bin Fadzil
Penerbitan : Dar Hakamah


Kewajipan 1
Mengenali Tuhan Yang Disembah Sebelum Menyembahnya




Tidakkah kamu melihat bahwasanya Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat.
Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha perkasa lagi Maha Pengampun.
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan salat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi,

al-Fatir : 27-29


Bersibuk dengan ilmu oleh seorang bertakwa itu lebih afdal, kerana ibadah orang jahil menyesatkan.

Terdapat dalam hadis Qudsi : "Maka hendaklah kamu mengenaliKu sebelum kamu menyembahKu. Sesiapa tidak mengenaliKu, maka bagaimana ia menyembahKu."