Wednesday 11 January 2012

Kewajipan 2 : Menutup Aurat

50 Kewajipan Seorang Muslim
Oleh Syeikh al-Imam Muhammad Bin Abi Bakr Bin Ali
Syarah Oleh : Syeikh Yaakob Bin Muhammad Mokhtar
Diterjemah Oleh : Ustaz Ahmad Adnan Bin Fadzil
Penerbitan : Dar Hakamah


Kewajipan 2
Menutup aurat



Memakai perhiasan itu tidaklah dicela. Namun perhiasan yang dimaksudkan ialah yang tidak menyalahi hukum syarak.


Sebahagian penyair bermadah :


Bukanlah tasawuf itu dengan memakai pakaian berbulu dan berbuat-buat, akan tetapi tasawuf itu ialah mengelokkan percakapan dan akhlak, maka pakailah dari pakaian apa yang kamu pilih.


Bangunlah ketika kegelapan malam dan menangislah di malam hari, barangkali orang yang memakai pakaian yang elok, pakaiannya itu tidak melalaikannya untuk kasih kepada Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah, namun banyak anak muda yang memakai pakaian yang berbenang kasar disangkanya ia selamat, namun di sisi para 'Arifin ia sebenarnya dalam kecelakaan.


Orang yang memakai pakaian cantik itu sekalipun berpakaian cantik tetapi pakaiannya tidak memenjarakannya, sedangkan yang berpakaian kasar sekalipun nampak zuhud namun ia sebenarnya telah menjadi tawanan (nafsunya) tanpa disedarinya.



Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) mesjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.
al-A'raf : 31


Al-Musrifin di dalam ayat di atas bermaksud al-Mubazzirin (yakni orang-orang membazir) sebagaimana makna dalam hadis Nabi s.a.w. Allah melarang membazir kerana harta yang ada amat sedikit untuk diletakkan pada semua tempat yang hak dan yang bukan hak (oleh demikian, ia perlu diletakkan di tempat yang hak sahaja).

Rasulullah s.a.w bersabda ; "Keelokanlah dalam berdampingan dengan nikmat-nikmat. Jangan jadikannya lari dari kamu kerana amat jarang nikmat yang hilang dari satu kaum akan kembali semula ke pangkuan mereka."
(Riwayat Abu Ya'la dan Ibnu 'Adiyy dari Anas r.a.)


No comments:

Post a Comment