Saturday 26 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433 Hijrah


              Doa akhir tahun dibaca 3 kali sebelum waktu maghrib pada akhir bulan Zulhijjah
                   


Doa awal tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.


p/s:Hukum membaca doa akhir dan awal tahun mungkin menjadi sedikit isu.Ada mengatakan bid'ah,ada yg  mengatakan harus.



 
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Tiadalah di atas dunia ini seorang Muslim yang berdoa melainkan akan diperkenankan Tuhan atau dipalingkan daripadanya kejahatan selama dia tidak berdoa perkara-perkara yang berdosa atau membuat perkara yang memutuskan tali persaudaraan. Lantas seorang lelaki berkata: “Kalau begitu kita perbanyakkan doa? Jawab baginda: “ Di sisi Allah (penerimaan) lebih banyak.” Riwayat at-Tirmizi

Saturday 19 November 2011

Selamat Berjuang!!










Dan katakanlah, "Bekerjalah kamu, maka Allah akan lihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan."

Surah At-Taubah, ayat 105

Link:http://karyamatahati.blogspot.com/2010/01/ragam-imtihan-2.html

Saturday 5 November 2011

Ulangkaji Cara Solat Sunat Aidiladha





Solat Sunat Hari Raya merupakan solat sunat yang didirikan secara bersendirian atau secara berjemaah (biasanya di masjid) pada awal pagi Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha hukumnya adalah sunat muakkad yang mana sangat-sangat dianjurkan kerana Rasulullah s.a.w. tetap dengan Solat Hari Raya.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit berbanding solat sunat Aidiladha. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. Berlainan pula, solat sunat Aidiladha digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.
Panduan ringkas:
1. Takbiratul ihram /Niat solat:
Lafaz niat: “Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat kerana Allah Taala” (untuk solat seorang diri).
“Sahaja aku solat sunat Aidil adha dua rakaat makmum kerana Allah Taalah” (jika ikut imam).
“Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat jadi imam kerana Allah Taala” (jika jadi imam).
Niat ini hendaklah dilakukan semasa takbiratul ihram iaitu sekadar lintasan di hati lafaz tersebut. Untuk memudahkan niat , sebelum takbitratul ihram kita hendaklah membuat lintasan terlebih dahulu di dalam hati akan lafaz niat itu.
2. Membaca doa iftitah.
3. Kemudian takbir 7 kali yang diselangselikan dengan tasbih sebanyak 6 kali.
4. Membaca fatihah dan surah al-A'la.
5. Rukuk dan sujud seperti biasa.
6. Berdiri betul (rakaat kedua) takbir 5 kali yang diselangselikan dengan tasbih 4 kali.
7. Membaca fatihah dan surah al-Ghasyiyah.
8. Rukuk, sujud dan membaca tahiyat akhir seperti biasa.
9. Memberi salam.
10. Disunatkan takbir dan doa.
11. Membaca dua Khutbah. (sekiranya bersolat secara berjamaah)
Peringatan:
a. Kalau imam telah berhenti takbir/bertasbih makmum hendaklah berhenti, begitu juga kalau imam terlebih takbir, makmum tidak perlu ikut sebaliknya menunggu.
b. Takbir Hari Raya Aidil Adha disunatkan mulai malam hari raya (10hb. Zulhijjah ) sehinggalah selepas solat Asar (13hb. Zulhijjah).
c. Bacaan surah al-A'la dan al-Ghasyiyah boleh diganti dengan surah lain, sekiranya tidak menghafaz ayat tersebut. (tidak boleh buat semua, jangan tinggal semua)
d. Orang yang terpaksa bertugas atau ada kelas atau ada peperiksaan pada hari raya , disyorkan melaksanakan ibadat ini secara bersendirian, jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja kerana ibadat ini hanya dapat dilakukan setahun dua kali sahaja. (Aidil Fitri dan Aidil Adha)

Wednesday 2 November 2011

Solat Sunat Rawatib

Assalamualaikum wbt


Alhamdulillah,syukur masih diberi kesempatan untuk menulis lagi.Disamping kesibukan kita sebagai pelajar,kekangan masa yang ada insyaAllah dijadikan sebagai satu asbab untuk kita lebih menghargai masa yang ada dan bukan dijadikan sebagai satu alasan untuk kita lari dari medan amar makruf,nahi munkar ini.

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.(3:104)

InsyaAllah,post kali ini,ingin dikongsi bersama tentang solat sunat rawatib. Solat Sunat Rawatib ialah solat sunat yang mengiringi solat-solat fardu lima waktu. Solat ini amat digalakkan oleh Islam dan selalu diamalkan dan dilakukan oleh Rasulullah SAW.Solat Sunat Rawatib berfungsi sebagai pelengkap ataupun tambahan untuk menampung supaya apa-apa kekurangan ataupun cela yang berlaku semasa mengerjakan solat-solat fardhu.


Dari Ibnu Umar ra berkata, "Aku menjaga 10 rakaat dari nabi SAW: 2 rakaat sebelum solat Zuhur,2 rakaat sesudahnya,2 rakaat sesudah solat Maghrib, 2 rakaat sesudah solat Isyak dan 2 rakaat sebelum solat Subuh. (HR Muttafaqun 'alaihi)

Sembahyang sunat Rawatib ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu, Sunat Muakkad dan Sunat Ghairu Muakkad. Solat sunat Rawatib Muakkad amat besar fadhilatnya dan dijanjikan ganjaran yang besar apabila menunaikannya. Solat sunat Rawatib Ghairu Muakkad kurang sedikit fadhilatnya berbanding dengan solat sunat muakkad.
Solat sunat Rawatib Muakkad amat dituntut oleh Islam dan diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. sentiasa menjaga 10 rakaat Solat Sunat Rawatib Muakkad ini terdiri dari :

  • dua rakaat Rawatib Muakkad Qabliyyah Sebelum Subuh
  • dua rakaat Rawatib Muakkad Qabliyyah Sebelum Zuhur
  • dua rakaat Rawatib Muakkad Ba’diyyah Sesudah Zuhur
  • dua rakaat Rawatib Muakkad Ba’diyyah Sesudah Maghrib
  • dua rakaat Rawatib Muakkad Ba’diyyah Sesudah Isyak


 


Niat:



Ø£ُصَÙ„ِّÙŠ سُÙ†َّØ©َ ( الظُّÙ‡ْرِ / العَصْرِ / المَغْرِبِ / العِØ´َاءِ / الصبح ) رَÙƒْعَتَÙŠْÙ†ِ (Ù‚َبْÙ„ِÙŠَّØ©ً / بَعْدِÙŠَّØ©ً ) Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ تَعَالَÙ‰
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat (Sebelum / Selepas) kerana Allah Taala.

InsyaAllah,mari sama-sama meningkatkan amal,disamping memperbaiki amalan wajib,jika ada kesempatan,kita 'cantikkan' amal kita dengan amalan-amalan sunat juga.Selamat beramal!!!






p/s:InsyaAllah,mari sama-sama berpuasa sunat hari arafah,9 Dzulhijjah,6 nov.Disunatkan juga berpuasa pada hari ke 8 Dzulhijjah di samping berpuasa pada hari ‘Arafah (9 Dzulhijjah) sebagai langkah berhati-hati yang mana kemungkinan pada hari ke 8 Dzulhijjah itu adalah hari yang ke 9 Dzulhijjah (Hari ‘Arafah).